Thursday, October 18, 2012

Kaitan pengambilan sarapan pagi dengan risiko obesiti

Thursday, October 18, 2012




Kajian menunjukkan bahawa individu yang tidak mengambil sarapan pagi lebih berisiko untuk mengalami masalah obesiti. Ini kerana hasil kajian imbasan (MRI) pada otak menunjukkan seseorang itu lebih cenderung atau tertarik untuk mengambil makanan yang berlemak dan berkalori tinggi pada hari itu jika pada sebelah paginya dia tidak mengambil sarapan pagi.

Dalam kajian oleh sekumpulan saintis di Kolej Imperial London terhadap 21 orang sukarelawan, mereka tidak diberi sarapan pada sebelah pagi sebelum otaknya diimbas menggunakan MRI dan pada hari lain diberi sarapan pagi sejam sebelum otaknya diimbas.

Hasilnya, otak menunjukkan tindak balas aktif apabila sukarelawan ditunjukkan gambar makanan berkalori tinggi dan sebaliknya kurang tindak balas pada gambar makanan berkalori rendah jika sebelah paginya dia tidak mengambil sarapan pagi.

Pengambilan makanan berkalori tinggi menyukarkan individu yangingin menurunkan berat badannya.

Dr. Catherine Hankey, pensyarah kanan dalam bahagian nutrisi makanan di Universiti Glasgow berkata kajian juga menunjukkan dengan mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah menjadi lebih stabil dan badan menjadi lebih bertenaga. 


0 comments:

Post a Comment