Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Thursday, November 28, 2013

5 masalah smartphone tercanggih dan terkini di pasaran.

Thursday, November 28, 2013
Tiada smartphone yang benar-benar sempurna apabila model-model terkini di pasaran seperti iPhone 5S, Samsung Galaxy SIV, Motorola Moto X dan HTC One mendapat jumlah aduan yang tinggi di kalangan pengguna.

Sebagai panduan untuk anda yang bakal atau merancang untuk membeli smartphone berikut, ketahui 5 aduan penguna yang tertinggi untuk setiap model berikut :


Top 5 Samsung Galaxy SIV Issues:
1. Overheating - 25%
2. Battery Problems - 20%
3. Screen Issues - 20%
4. Phone & Text Issues - 15%
5. Other - 20%

Top 5 Moto X Issues:
1. Storage Space - 30%
2. Screen Quality - 20%
3. Camera Quality - 20%
4. GPS Problems - 15%
5. Other -15%

Top 5 iPhone 5S Issues:
1. Battery Problems - 25%
2. Fingerprint Password - 25%
3. Display Size - 15%
4. Apps Crashing - 15%
5. Other - 20%

Top 5 HTC One Issues:
1. Battery Life - 30%
2. Audio Issues - 20%
3. Camera Quality - 20%
4. Blinkfeed Feature - 10%
5. Other - 20%

0 comments

Monday, October 1, 2012

IPhone 5 Menggunakan Kamera Sensor Dihasilkan Sony.

Monday, October 1, 2012

Kualiti imej yang dirakam merupakan salah satu ciri penting dan menjadi antara pengukur kehebatan sesebuah smartphone. Tidak hairanlah jika IPhone 5 keluaran Apple antara yang menitikberatkan kualiti kamera smartphone model terbarunya itu. 

Hasil 'Overhaul' para bijak pandai dari pihak Chipswork mereka mendapati Apple IPhone 5 menggunakan sensor 8 MP yang dikuasakan oleh jenama Sony untuk unit kamera utamanya. Sebagaimana yang pembaca sedia maklum, Sony memang diketahui berada antara di barisan hadapan dalam teknologi pengimejan. Selain dari itu Iphone 5 menerima jutaan tempahan oleh pelanggannya dan hanya syarikat sebesar Sony yang mampu membekalkan komponen sensor sebanyak itu.

Close up imej sensor Iphone 5 menunjukkan jenama Sony.

Hasil daripada penggunaan sensor terbaru keluaran sony juga menyaksikan kualiti imej yang lebih baik berbanding imej dihasilkan Iphone 4s. 

Adakah Apple turut menggunakan sensor Sony bagi unit kamera depan (front - facing) IPhone 5 nya? Jawapannya tidak, disebaliknya Ia menggunakan teknologi dari syarikat pesaing Sony pula iaitu Omnivision. 

0 comments

Sunday, September 30, 2012

Canon EOS 1D X : Adakah Ini DSLR Idaman Anda?

Sunday, September 30, 2012

Boleh dikatakan penggunaan kamera DSLR sudah menjadi satu yang biasa kini. Mungkin harganya yang agak mahal dan hanya mampu dimiliki golongan berada. Yang kurang mampu pada masa itu hanya mengunakan kamera kompak digital atau kamera filem sahaja. Sekarang harga DSLR boleh dikatakan agak murah, dengan bajet RM2000 sahaja sudah boleh kita mendapatkan DSLR kategori permulaan contohnya model Canon EOS 1100D. Saya sendiri memiliki sebuah kamera DSLR Nikon D90 yang berharga dalam RM4000 ( harga pada tahun 2010) sekarang model ini digantikan oleh model Nikon D7000 yang lebih canggih.

Jadi, apakah kamera idaman anda ? Jika mempunyai rezeki lebih berupa wang tunai dan saya tak tahu nak gunakan untuk beli apa tentunya model idaman saya iaitu Canon EOS 1D X . Apakah kelebihan-kelebihan pada kamera ini ? Saya senaraikan di sini yang penting - penting sahaja :
  • Sensor - Full Frame (36 x 24 mm)
  • Imej Resolusi - 18.1 megapixels
  • Processor - Dual Digic 5+ ( 17x lebih laju dari Digic 4s)
  • Jumlah focus points - 61  
  • Saiz Screen - 3.2 "
  • Video - 1920 x 1080 (30, 25, 24 fps, 1280 x 720 (60, 50 fps), 640 x 480 (60, 50 fps) 
  • Continuous drive -  (14 fps) 
  • ISO - 100, 200, 400, 800, 1600, 3200, 6400, 12800, 25600, 51200 (50, 102400 and 204800 with boost)  
 Ini ialah kamera terbaru dari Canon yang mula dipasarkan pada Mac 2012 menggantikan model  1D Mark IV and 1DS Mark III . 

Melihat dari luaran sahaja sudah dapat diagak ia sebuah kamera yang mantap semantap harganya juga. Harganya dianggarkan RM19,600 untuk body sahaja ! Ada berani ?
Untuk review secara lebih terperinci berkenaan model ini silalah lawati laman web seperti
dpreview.com atau sebagainya.






0 comments

Friday, September 28, 2012

Prestasi Apple Maps Pada Iphone 5 Mengecewakan Peminatnya

Friday, September 28, 2012

Mungkin ramai mengetahui Apple tidak lagi menggunakan perisian Google Maps pada model terbaru mereka iaitu Iphone 5 dengan sistem operasi iOS 6. Sebaliknya membangunkan sendiri perisian Maps mereka yang diberi nama Apple Maps.

Selepas sebulan dipasarkan terdapat pengguna yang kecewa dengan prestasi Apple Maps tersebut yang dikatakan terdapat banyak kekurangan berbanding Google Maps. Ketua eksekutif Apple sendiri telah meminta maaf berikutan kritikan yang disebabkan oleh pertukaran kepada sistem peta baru tersebut. Tim Cook
mengakui bahawa pengguna telah kecewa oleh langkah itu dan mengulangi ikrar untuk
memperbaiki kelemahan itu . Beliau mencadangkan pengguna memuat turun
produk alternatif dari salah satu pesaing-pesaingnya. Beliau menyatakan bahawa
lebih daripada 100 juta pengguna peranti mudah alih telah dinaik taraf kepada
perisian IOS baru, menggantikan applikasi Google maps.

 
Antara kelemahan yang dikesan termasuk peta satelit yang hanya
menunjukkan litupan awan, bandar yang terletak di tempat yang salah, jalan yang hilang, nama-nama tempat yang salah dieja dan
mencadangkan memandu arahan yang akan membawa pengguna di laluan ganjil. Di
samping itu beberapa imej 3D yang dipaparkan kelihatan pelik termasuk Eiffel
Tower diratakan, kereta yang  cair ke jalan raya dan jalan raya
yang kelihatan seperti ia telah menjunam ke Empangan Hoover AS.


Antara tujuan Apple memperkenalkan perisian Apple Maps menggantikan Google Maps ialah untuk memperkenalkan ciri-ciri turn-by-turn navigation yang tidak terdapat pada Google Maps.

Imej 3D yang menunjukkan kereta 'mencair' ke atas jalan raya.
Imej jalan dalam Google Maps (Kiri) hilang dalam Apple Maps (Kanan)  





0 comments

Wednesday, September 5, 2012

Samsung EK-GC100 Galaxy Kamera berkuasa Android dan sambungan 2G/3G serta WiFi.

Wednesday, September 5, 2012
Samsung bakal muncul dengan produk barunya EK-GC100 Galaxy berkuasa Android Jelly Bean. Is mempunyai sambungan 2G/3G serta sistem operasi seperti sebuah telefon bimbit.

Mempunyai skrin 4.8-inci LCD skrin sentuh dan sistem kawalan suara (Voice Control) yang juga terdapat pada produk Samsung Smart TV, pengguna hanya perlu memberi arahan 'Zoom' atau 'Shoot' yang akan difahami oleh kamera.

Ciri-ciri lainnya termasuk 16 Megapixel, 1/2.3-inci backside illumination sensor serta kuasa zoom sebanyak 21x secara optikal dengan penstabil imej terbina dalam ( built-in image stabilizer). Antara yang menariknya, kamera ini juga boleh memainkan video serta melayari laman web seperti telefon android yang lain.


Oleh kerana sambungan 2G/3G dan Wifinya maka gambar yang dirakam boleh terus diupload ke mana yang anda suka seperti ke Flickr Dan Facebook dalam kualiti yang tinggi.

0 comments

Tuesday, May 1, 2012

Spambox menguruskan email anda dari aktiviti spammers!

Tuesday, May 1, 2012
Biasanya untuk mendaftar atau mendownload software atau ebook di internet, kita dikehendaki memberi email anda untuk pengesahan dan sebagainya. Sesetengah laman web menggunakan email anda yang dimasukkan tadi untuk dijual kepada spammer yang kemudian menggunakannya untuk menghantar email-email spam yang tak berguna kepada anda.

Jika anda ragu-ragu untuk memberi email anda tapi pada masa yang sama kena jugak memberinya untuk urusan download dan pengesahan anda bolehlah mencuba perkhidmatan Spambox.us . Klik di sini.

Laman web spambox akan generate email address sementara dari email address anda yang sebenar jadi gunakan email address semetara yang di generatekan ini semasa anda mendownload software atau ebook dan segala pengesahan akan diforwardkan ke email address anda yang sebenar dari email address sementara .

Email sementara ini akan di delete oleh Spambox mengikut masa yang di tetapkan samada 1 jam atau lebih. Masa itu cukup masa untuk email pengesahan dihantar kepada anda . Jadi anda tidak perlu memberi email address anda yang sebenar semasa mendownload dan mengelakkan dari menjadi magsa spammer.

Selamat mencuba .

0 comments

Saturday, April 7, 2012

Apple Menyiasat Masalah Sambungan WiFi pada Ipad generasi ke-3 nya.

Saturday, April 7, 2012
Menurut dokumen yang diperolehi dari pihak dalaman AppleCare, Apple sedang giat menyiasat kes melibatkan masalah WiFi pada Ipad generasi ke-3 nya. Semenjak dilancarkan, ramai pengguna mengadu masalah connection drop, slow download/uplaod speed serta masalah penyambungan pada Wifi network. Dianggarkan 700 kes seperti ini di laporkan dalam forum oleh pengguna.

Berikut contoh aduan yang diterima dari forum internet:

I am in a hotel with my laptop and new ipad3. The laptop wifi reception is as strong as it gets, but the iPad only registers a weak signal. Anyone else having similar problems? Any suggestions?
It has absolutely nothing to do with routers. I am right next to my wife, to whom I gave my iPad 1: she has full bars and I have 1-2. FYI: on Speedtest near the router I get over 10 mb downloads; 20 feet away I get .2 mb downloads. That’s ridiculous.
Same problem; same issue.  Mine with University’s wifi or my home wifi (Airport Express).  Original iPad maintains a strong connection right next to new iPad, which doesn’t.

Ini ialah lanjutan dari kes yang dilaporkan sebelum ini yang melibatkan masalah pengecasan bateri dan overheating. Pihak Apple mengakui masalah ini dan berjanji akan melakukan siasatan terperinci berdasarkan aduan yang diterima. Bagaimanapun hanya WiFi-Only model yang menghadapi masalah ini

0 comments

Thursday, April 5, 2012

Angry Birds terbang bersama helikopter kawalan jauh

Thursday, April 5, 2012






















Kepada peminat permainan Angry Bird pasti teruja dengan helikopter kawalan jauh yang direka seperti seekor Angry Bird ini.

Badannya diperbuat dari plastik berwarna merah terang seperti watak dalam Angry Bird yang berketahanan tinggi serta boleh menahan kesan impak yang agak kuat jika terhempas dan mempunyai sepasang bilah kipas (Dual Counter Rotor Blade) ditambah pula dengan operasinya yang mudah dikawal.

Helikopter ini berukuran 20 x 20 x 12.5 cm dan menggunakan 6 AA bateri dilengkapi denagn pengecas bateri yang mengambil masa 40 minit untuk cas penuh yang bertahan selama  8 hingga 10 minit.

Ianya direka utk diterbangkan indoor juga outdoor dan sesuai untuk kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas. Harganya diluar negara ialah USD49.95!




0 comments