Showing posts with label Sensor. Show all posts
Showing posts with label Sensor. Show all posts

Monday, October 1, 2012

IPhone 5 Menggunakan Kamera Sensor Dihasilkan Sony.

Monday, October 1, 2012

Kualiti imej yang dirakam merupakan salah satu ciri penting dan menjadi antara pengukur kehebatan sesebuah smartphone. Tidak hairanlah jika IPhone 5 keluaran Apple antara yang menitikberatkan kualiti kamera smartphone model terbarunya itu. 

Hasil 'Overhaul' para bijak pandai dari pihak Chipswork mereka mendapati Apple IPhone 5 menggunakan sensor 8 MP yang dikuasakan oleh jenama Sony untuk unit kamera utamanya. Sebagaimana yang pembaca sedia maklum, Sony memang diketahui berada antara di barisan hadapan dalam teknologi pengimejan. Selain dari itu Iphone 5 menerima jutaan tempahan oleh pelanggannya dan hanya syarikat sebesar Sony yang mampu membekalkan komponen sensor sebanyak itu.

Close up imej sensor Iphone 5 menunjukkan jenama Sony.

Hasil daripada penggunaan sensor terbaru keluaran sony juga menyaksikan kualiti imej yang lebih baik berbanding imej dihasilkan Iphone 4s. 

Adakah Apple turut menggunakan sensor Sony bagi unit kamera depan (front - facing) IPhone 5 nya? Jawapannya tidak, disebaliknya Ia menggunakan teknologi dari syarikat pesaing Sony pula iaitu Omnivision. 

0 comments

Monday, April 2, 2012

Graphene Tooth Telemetry System

Monday, April 2, 2012
Graphene Tooth Telemetry System McAlpine et al./Nature Communications

Para penyelidik di Princeton and Tufts telah mencipta sejenis tatoo eletronik yang ditanam pada gigi yang dapat mengukur kadar denyutan jantung, kandungan gula darah dan lain - lain. Sensor yang diperbuat dari bahan graphene itu  dapat mengesan pelbagai jenis bakteria dalam air liur yang menjadi penyebab masalah kesihatan.

Menurut penciptanya, pada mulanya graphene nanosensors dicetak pada sejenis bahan sutera dan meletakkan eletrode serta gegelung induktif padanya kemudian ditanam pada gigi atau bahan-bahan biologi yang lain.

Hasilnya alat bebas-bateri, tanpa wayar yang dapat mengesan bakteria di dalam mulut. Disebabkan sifat-sifat sutera yang elastik, ia boleh di tanam didalam tisu badan untuk kegunaan penyelidik.

0 comments