Friday, October 12, 2012

Gempar ! Godam sistem Google dan dapatkan hadiah $60,000.

Friday, October 12, 2012

Adakah anda berminat untuk mendapatkan hadiah wang tunai $60,000 dari Google ? Google yang merupakan peneraju utama enjin carian di dunia bersedia memberi anda hadiah wang tunai dengan syarat anda mestilah berjaya menggodam produk dari Google sendiri.

Terbaru, seorang remaja yang menggunakan nama samaran Pinkie Pie dihadiahkan $60,000 setelah berjaya menggodam Google untuk kali kedua. Kali ini dia berjaya menjumpai cara untuk menggodam produk Chrome yang merupakan pelayar web milik Google.

Sebelum ini dia pernah memohon pekerjaan di Google namun tidak menerima reaksi dari pihak yang positif.

Google mula memperkenalkan pertandingan yang dinamakan Chromium Security Rewards Programme pada 2010 dan kali kedua ia diadakan pada tahun ini dalam satu acara dinamakan Hack in the Box bertempat di Kuala Lumpur, Malaysia. Kali pertama diadakan ia turut dimenangi remaja yang sama dan mendapat ganjaran $60,000.

 

Google memberi hadiah kepada penggodam yang berjaya menjumpai masalah berkaitan isu keselamatan melibatkan produknya supaya langkah penyelesaian dapat diambil. Dalam kes ini, Google mengemaskini perisian Chrome 10 jam selepas masalah itu dikenalpasti.

Selain Google, Facebook turut mengadakan program yang sama di mana ganjaran $500 akan diberi kepada sesiapa yang berjaya menjumpai masalah melibatkan keselamatan sistemnya.


0 comments:

Post a Comment