Showing posts with label Facebook. Show all posts

Friday, October 12, 2012
Gempar ! Godam sistem Google dan dapatkan hadiah $60,000.
Posted by Admin at 6:50 PM Friday, October 12, 2012
Adakah anda berminat untuk mendapatkan hadiah wang tunai $60,000 dari Google ? Google yang merupakan peneraju utama enjin carian di dunia bersedia memberi anda hadiah wang tunai dengan syarat anda mestilah berjaya menggodam produk dari Google sendiri.
Selain Google, Facebook turut mengadakan program yang sama di mana ganjaran $500 akan diberi kepada sesiapa yang berjaya menjumpai masalah melibatkan keselamatan sistemnya.
Labels: Facebook, Google Hack, internet 0 comments
Tuesday, September 4, 2012
Salamworld : 'Facebook' versi Islamik bakal dilancarkan.
Posted by Admin at 7:26 AM Tuesday, September 4, 2012
Salamworld merupakan 'Facebook' versi Islamik yang di jangka mula beroperasi pada November 2012. Versi percubaan sedang diuji oleh kira - kira 1000 pengguna di Bosnia, Turki, Mesir dan Indonesia.
Salamworld diwujudkan untuk menyatukan Muslim seluruh dunia dalam persekitaran yang bebas dari unsur pornografi, perjudian dan lain-lain yang ditegah ajaran islam. Ia menyokong bahasa-bahasa seperti English, Arabic, Turkish, Urdu, and Russia serta lain-lain bahasa yang akan dikemaskini kelak.
Operasi Salamworld tidak jauh berbeza dari laman sosial yang lain. Ia mempunyai susun atur biru dan putih dan mempunyai ciri-ciri seperti Wall untuk post komen, gambar dan video dan mempunyai persamaan dengan Facebook semasa ia mula-mula diperkenalkan.
Namun ini bukan percubaan pertama jaringan laman sosial sedemikian diwujudkan. Kebanyakkannya gagal mendapat sambutan antaranya ialah Muxlim.com yang diwujudkan pada 2006 di Finland dan Ikhwanbook.com pada 2010 di Mesir.
Samaada Salamworld dapat menandingi populariti belum dapat dipastikan namun dengan sokongan semua pihak ia mungkin boleh menjadi kenyataan.

Labels: Facebook, Umum 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)