Showing posts with label Canon. Show all posts
Showing posts with label Canon. Show all posts

Sunday, September 30, 2012

Canon EOS 1D X : Adakah Ini DSLR Idaman Anda?

Sunday, September 30, 2012

Boleh dikatakan penggunaan kamera DSLR sudah menjadi satu yang biasa kini. Mungkin harganya yang agak mahal dan hanya mampu dimiliki golongan berada. Yang kurang mampu pada masa itu hanya mengunakan kamera kompak digital atau kamera filem sahaja. Sekarang harga DSLR boleh dikatakan agak murah, dengan bajet RM2000 sahaja sudah boleh kita mendapatkan DSLR kategori permulaan contohnya model Canon EOS 1100D. Saya sendiri memiliki sebuah kamera DSLR Nikon D90 yang berharga dalam RM4000 ( harga pada tahun 2010) sekarang model ini digantikan oleh model Nikon D7000 yang lebih canggih.

Jadi, apakah kamera idaman anda ? Jika mempunyai rezeki lebih berupa wang tunai dan saya tak tahu nak gunakan untuk beli apa tentunya model idaman saya iaitu Canon EOS 1D X . Apakah kelebihan-kelebihan pada kamera ini ? Saya senaraikan di sini yang penting - penting sahaja :
  • Sensor - Full Frame (36 x 24 mm)
  • Imej Resolusi - 18.1 megapixels
  • Processor - Dual Digic 5+ ( 17x lebih laju dari Digic 4s)
  • Jumlah focus points - 61  
  • Saiz Screen - 3.2 "
  • Video - 1920 x 1080 (30, 25, 24 fps, 1280 x 720 (60, 50 fps), 640 x 480 (60, 50 fps) 
  • Continuous drive -  (14 fps) 
  • ISO - 100, 200, 400, 800, 1600, 3200, 6400, 12800, 25600, 51200 (50, 102400 and 204800 with boost)  
 Ini ialah kamera terbaru dari Canon yang mula dipasarkan pada Mac 2012 menggantikan model  1D Mark IV and 1DS Mark III

Melihat dari luaran sahaja sudah dapat diagak ia sebuah kamera yang mantap semantap harganya juga. Harganya dianggarkan RM19,600 untuk body sahaja ! Ada berani ?
Untuk review secara lebih terperinci berkenaan model ini silalah lawati laman web seperti
dpreview.com atau sebagainya.






0 comments

Friday, April 6, 2012

Canon EOS 60Da: DSLR untuk peminat bintang di langit

Friday, April 6, 2012
Canon memperkenalkan model baru siri EOS iaitu Canon EOS 60Da yang direka khusus untuk mengambil gambar bintang ataupun langit malam. 
Model baru ini mempunyai "modified infrared filter dan low noise sensor dengan hidrogen-alfa sensitiviti yang dipertingkatkan " - satu istilah yang bermakna kepada ahli-ahli astronomi.  


Antara ciri-ciri lain ialah 18 megapiksel CMOS sensor (APS-C), 3-inci Clear View LCD dengan 9 point autofokus sistem. Ciri-ciri ini membolehkan imej bintang atau objek di langit lebih terang dan jelas.
  
      Canon turut memperkenalkan penyesuai RA-E3 alat kawalan jauh - aksesori penting bagi mereka yang memerlukan dedahan (exposure) lebih dari 30 saat.

0 comments