Showing posts with label Fotografi. Show all posts
Showing posts with label Fotografi. Show all posts
Saturday, May 2, 2015
Subhanallah! Indah sekali pemandangan alam ciptaan tuhan
Posted by Admin at 10:11 AM Saturday, May 2, 2015Labels: Digital Camera, Fotografi 0 comments
Monday, October 1, 2012
IPhone 5 Menggunakan Kamera Sensor Dihasilkan Sony.
Posted by Admin at 6:26 AM Monday, October 1, 2012
Kualiti imej yang dirakam merupakan salah satu ciri penting dan menjadi antara pengukur kehebatan sesebuah smartphone. Tidak hairanlah jika IPhone 5 keluaran Apple antara yang menitikberatkan kualiti kamera smartphone model terbarunya itu.
Hasil 'Overhaul' para bijak pandai dari pihak Chipswork mereka mendapati Apple IPhone 5 menggunakan sensor 8 MP yang dikuasakan oleh jenama Sony untuk unit kamera utamanya. Sebagaimana yang pembaca sedia maklum, Sony memang diketahui berada antara di barisan hadapan dalam teknologi pengimejan. Selain dari itu Iphone 5 menerima jutaan tempahan oleh pelanggannya dan hanya syarikat sebesar Sony yang mampu membekalkan komponen sensor sebanyak itu.
![]() |
| Close up imej sensor Iphone 5 menunjukkan jenama Sony. |
Hasil daripada penggunaan sensor terbaru keluaran sony juga menyaksikan kualiti imej yang lebih baik berbanding imej dihasilkan Iphone 4s.
Adakah Apple turut menggunakan sensor Sony bagi unit kamera depan (front - facing) IPhone 5 nya? Jawapannya tidak, disebaliknya Ia menggunakan teknologi dari syarikat pesaing Sony pula iaitu Omnivision.
Labels: Fotografi, Gadget, Iphone, Sensor, Teknologi 0 comments
Sunday, September 30, 2012
Canon EOS 1D X : Adakah Ini DSLR Idaman Anda?
Posted by Admin at 6:10 AM Sunday, September 30, 2012
Boleh dikatakan penggunaan kamera DSLR sudah menjadi satu yang biasa kini. Mungkin harganya yang agak mahal dan hanya mampu dimiliki golongan berada. Yang kurang mampu pada masa itu hanya mengunakan kamera kompak digital atau kamera filem sahaja. Sekarang harga DSLR boleh dikatakan agak murah, dengan bajet RM2000 sahaja sudah boleh kita mendapatkan DSLR kategori permulaan contohnya model Canon EOS 1100D. Saya sendiri memiliki sebuah kamera DSLR Nikon D90 yang berharga dalam RM4000 ( harga pada tahun 2010) sekarang model ini digantikan oleh model Nikon D7000 yang lebih canggih.
Jadi, apakah kamera idaman anda ? Jika mempunyai rezeki lebih berupa wang tunai dan saya tak tahu nak gunakan untuk beli apa tentunya model idaman saya iaitu Canon EOS 1D X . Apakah kelebihan-kelebihan pada kamera ini ? Saya senaraikan di sini yang penting - penting sahaja :
- Sensor - Full Frame (36 x 24 mm)
- Imej Resolusi - 18.1 megapixels
- Processor - Dual Digic 5+ ( 17x lebih laju dari Digic 4s)
- Jumlah focus points - 61
- Saiz Screen - 3.2 "
- Video - 1920 x 1080 (30, 25, 24 fps, 1280 x 720 (60, 50 fps), 640 x 480 (60, 50 fps)
- Continuous drive - (14 fps)
- ISO - 100, 200, 400, 800, 1600, 3200, 6400, 12800, 25600, 51200 (50, 102400 and 204800 with boost)
Ini ialah kamera terbaru dari Canon yang mula dipasarkan pada Mac 2012 menggantikan model 1D Mark IV and 1DS Mark III .
Melihat dari luaran sahaja sudah dapat diagak ia sebuah kamera yang mantap semantap harganya juga. Harganya dianggarkan RM19,600 untuk body sahaja ! Ada berani ?
Untuk review secara lebih terperinci berkenaan model ini silalah lawati laman web seperti
dpreview.com atau sebagainya.Labels: Canon, Fotografi, Gadget, Nikon D90, Teknologi 0 comments
Wednesday, September 5, 2012
Samsung EK-GC100 Galaxy Kamera berkuasa Android dan sambungan 2G/3G serta WiFi.
Posted by Admin at 12:30 AM Wednesday, September 5, 2012Samsung bakal muncul dengan produk barunya EK-GC100 Galaxy berkuasa Android Jelly Bean. Is mempunyai sambungan 2G/3G serta sistem operasi seperti sebuah telefon bimbit.
Mempunyai skrin 4.8-inci LCD skrin sentuh dan sistem kawalan suara (Voice Control) yang juga terdapat pada produk Samsung Smart TV, pengguna hanya perlu memberi arahan 'Zoom' atau 'Shoot' yang akan difahami oleh kamera.
Ciri-ciri lainnya termasuk 16 Megapixel, 1/2.3-inci backside illumination sensor serta kuasa zoom sebanyak 21x secara optikal dengan penstabil imej terbina dalam ( built-in image stabilizer). Antara yang menariknya, kamera ini juga boleh memainkan video serta melayari laman web seperti telefon android yang lain.
Oleh kerana sambungan 2G/3G dan Wifinya maka gambar yang dirakam boleh terus diupload ke mana yang anda suka seperti ke Flickr Dan Facebook dalam kualiti yang tinggi.
Labels: Android, Fotografi, Gadget, Teknologi 0 comments
Friday, April 6, 2012
Canon EOS 60Da: DSLR untuk peminat bintang di langit
Posted by Admin at 4:19 AM Friday, April 6, 2012
Canon memperkenalkan model baru siri EOS iaitu Canon EOS 60Da yang direka khusus untuk mengambil gambar bintang ataupun langit malam.
Model baru ini mempunyai "modified infrared filter dan low noise sensor dengan hidrogen-alfa sensitiviti yang dipertingkatkan " - satu istilah yang bermakna kepada ahli-ahli astronomi.
Antara ciri-ciri lain ialah 18 megapiksel CMOS sensor (APS-C), 3-inci Clear View LCD dengan 9 point autofokus sistem. Ciri-ciri ini membolehkan imej bintang atau objek di langit lebih terang dan jelas.
Model baru ini mempunyai "modified infrared filter dan low noise sensor dengan hidrogen-alfa sensitiviti yang dipertingkatkan " - satu istilah yang bermakna kepada ahli-ahli astronomi.
Antara ciri-ciri lain ialah 18 megapiksel CMOS sensor (APS-C), 3-inci Clear View LCD dengan 9 point autofokus sistem. Ciri-ciri ini membolehkan imej bintang atau objek di langit lebih terang dan jelas.
Canon turut memperkenalkan penyesuai RA-E3 alat kawalan jauh - aksesori penting bagi mereka yang memerlukan dedahan (exposure) lebih dari 30 saat.
Labels: Canon, Fotografi 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)




