Showing posts with label Iphone. Show all posts
Showing posts with label Iphone. Show all posts

Monday, October 1, 2012

IPhone 5 Menggunakan Kamera Sensor Dihasilkan Sony.

Monday, October 1, 2012

Kualiti imej yang dirakam merupakan salah satu ciri penting dan menjadi antara pengukur kehebatan sesebuah smartphone. Tidak hairanlah jika IPhone 5 keluaran Apple antara yang menitikberatkan kualiti kamera smartphone model terbarunya itu. 

Hasil 'Overhaul' para bijak pandai dari pihak Chipswork mereka mendapati Apple IPhone 5 menggunakan sensor 8 MP yang dikuasakan oleh jenama Sony untuk unit kamera utamanya. Sebagaimana yang pembaca sedia maklum, Sony memang diketahui berada antara di barisan hadapan dalam teknologi pengimejan. Selain dari itu Iphone 5 menerima jutaan tempahan oleh pelanggannya dan hanya syarikat sebesar Sony yang mampu membekalkan komponen sensor sebanyak itu.

Close up imej sensor Iphone 5 menunjukkan jenama Sony.

Hasil daripada penggunaan sensor terbaru keluaran sony juga menyaksikan kualiti imej yang lebih baik berbanding imej dihasilkan Iphone 4s. 

Adakah Apple turut menggunakan sensor Sony bagi unit kamera depan (front - facing) IPhone 5 nya? Jawapannya tidak, disebaliknya Ia menggunakan teknologi dari syarikat pesaing Sony pula iaitu Omnivision. 

0 comments

Friday, September 28, 2012

Prestasi Apple Maps Pada Iphone 5 Mengecewakan Peminatnya

Friday, September 28, 2012

Mungkin ramai mengetahui Apple tidak lagi menggunakan perisian Google Maps pada model terbaru mereka iaitu Iphone 5 dengan sistem operasi iOS 6. Sebaliknya membangunkan sendiri perisian Maps mereka yang diberi nama Apple Maps.

Selepas sebulan dipasarkan terdapat pengguna yang kecewa dengan prestasi Apple Maps tersebut yang dikatakan terdapat banyak kekurangan berbanding Google Maps. Ketua eksekutif Apple sendiri telah meminta maaf berikutan kritikan yang disebabkan oleh pertukaran kepada sistem peta baru tersebut. Tim Cook
mengakui bahawa pengguna telah kecewa oleh langkah itu dan mengulangi ikrar untuk
memperbaiki kelemahan itu . Beliau mencadangkan pengguna memuat turun
produk alternatif dari salah satu pesaing-pesaingnya. Beliau menyatakan bahawa
lebih daripada 100 juta pengguna peranti mudah alih telah dinaik taraf kepada
perisian IOS baru, menggantikan applikasi Google maps.

 
Antara kelemahan yang dikesan termasuk peta satelit yang hanya
menunjukkan litupan awan, bandar yang terletak di tempat yang salah, jalan yang hilang, nama-nama tempat yang salah dieja dan
mencadangkan memandu arahan yang akan membawa pengguna di laluan ganjil. Di
samping itu beberapa imej 3D yang dipaparkan kelihatan pelik termasuk Eiffel
Tower diratakan, kereta yang  cair ke jalan raya dan jalan raya
yang kelihatan seperti ia telah menjunam ke Empangan Hoover AS.


Antara tujuan Apple memperkenalkan perisian Apple Maps menggantikan Google Maps ialah untuk memperkenalkan ciri-ciri turn-by-turn navigation yang tidak terdapat pada Google Maps.

Imej 3D yang menunjukkan kereta 'mencair' ke atas jalan raya.
Imej jalan dalam Google Maps (Kiri) hilang dalam Apple Maps (Kanan)  





0 comments