Showing posts with label Nikon D90. Show all posts
Showing posts with label Nikon D90. Show all posts

Sunday, September 30, 2012

Canon EOS 1D X : Adakah Ini DSLR Idaman Anda?

Sunday, September 30, 2012

Boleh dikatakan penggunaan kamera DSLR sudah menjadi satu yang biasa kini. Mungkin harganya yang agak mahal dan hanya mampu dimiliki golongan berada. Yang kurang mampu pada masa itu hanya mengunakan kamera kompak digital atau kamera filem sahaja. Sekarang harga DSLR boleh dikatakan agak murah, dengan bajet RM2000 sahaja sudah boleh kita mendapatkan DSLR kategori permulaan contohnya model Canon EOS 1100D. Saya sendiri memiliki sebuah kamera DSLR Nikon D90 yang berharga dalam RM4000 ( harga pada tahun 2010) sekarang model ini digantikan oleh model Nikon D7000 yang lebih canggih.

Jadi, apakah kamera idaman anda ? Jika mempunyai rezeki lebih berupa wang tunai dan saya tak tahu nak gunakan untuk beli apa tentunya model idaman saya iaitu Canon EOS 1D X . Apakah kelebihan-kelebihan pada kamera ini ? Saya senaraikan di sini yang penting - penting sahaja :
  • Sensor - Full Frame (36 x 24 mm)
  • Imej Resolusi - 18.1 megapixels
  • Processor - Dual Digic 5+ ( 17x lebih laju dari Digic 4s)
  • Jumlah focus points - 61  
  • Saiz Screen - 3.2 "
  • Video - 1920 x 1080 (30, 25, 24 fps, 1280 x 720 (60, 50 fps), 640 x 480 (60, 50 fps) 
  • Continuous drive -  (14 fps) 
  • ISO - 100, 200, 400, 800, 1600, 3200, 6400, 12800, 25600, 51200 (50, 102400 and 204800 with boost)  
 Ini ialah kamera terbaru dari Canon yang mula dipasarkan pada Mac 2012 menggantikan model  1D Mark IV and 1DS Mark III . 

Melihat dari luaran sahaja sudah dapat diagak ia sebuah kamera yang mantap semantap harganya juga. Harganya dianggarkan RM19,600 untuk body sahaja ! Ada berani ?
Untuk review secara lebih terperinci berkenaan model ini silalah lawati laman web seperti
dpreview.com atau sebagainya.






0 comments

Thursday, March 29, 2012

Kamera Digital Pilihan di Flickr's . Iphone ?

Thursday, March 29, 2012

Maklumat dari laman perkongsian foto, Flickr menunjukkan iPhone 4 adalah kamera yang paling popular di perkhidmatan perkongsian foto itu meninggalkan, bukan sahaja Canon EOS 5D Mark II, tetapi Nikon D90, Canon EOS REBEL T2i, dan Canon EOS 7D . Kesimpulan yang mengesahkan reputasi iphone 4 sebagai smartphone terbaik dari segi kualiti gambar berbanding jenama lain. 




Dan itulah antara kedua-dua kamera dan telefon. Empat kamera telefon yang paling popular pada Flickr kini? IPhone 4, 4S iPhone, iPhone 3G dan iPhone 3GS 
 
IPhone sebenarnya menjadi kamera digital pilihan bagi pengguna dan peminat di pasaran maju yang memudahkan penggunaan dan keupayaan mendapatkan foto secara online. Antara faktor mengapa Iphone menjadi pilihan ialah keupayaanya yang cemerlang semasa mengambil gambar dalam keadaan low light tanpa kesan noise yang ketara serta gambar lebih sharp selain color dan white balance yang tepat.






0 comments