Monday, October 8, 2012

Mati Selepas Menang Pertandingan Makan Lipas

Monday, October 8, 2012


Seorang lelaki dari Florida, Amerika Syarikat Eddie Archbold, 32 tahun bertuah memenangi pertandingan makan lipas tapi malang sekali dia meningggal dunia selepas itu !

Selain makan lipas pertandingan yang disertai beliau turut menghendaki peserta makan berbagai-bagi jenis serangga lain dan 'menu' yang dimakan Archbold ialah berdozen-dozen lipas gergasi.Sebelum pertandingan itu mangsa turut menyertai pertandingan makan cacing gergasi.

Sebaik memenangi pertandingan itu Archbold dilihat jatuh sakit dan pengsan sebelum didapati meninggal dunia. Pegawai penyiasat masih mencari punca kematiannya.

Michael Adams, seorang profesor Entomologi dari Universiti California mengatakan bahawa dia tidak pernah mendengar kes kematian yang disebabkan memakan lipas. Menurutnya, melainkan lipas itu tercemar oleh bakteria atau patogen lain.

Pertandingan yang disertai mangsa pula menawarkan hadiah yang tidak setanding dengan risiko yang diambil peserta.

0 comments:

Post a Comment