Friday, October 12, 2012
Gempar ! Godam sistem Google dan dapatkan hadiah $60,000.
Posted by Admin at 6:50 PM Friday, October 12, 2012
Adakah anda berminat untuk mendapatkan hadiah wang tunai $60,000 dari Google ? Google yang merupakan peneraju utama enjin carian di dunia bersedia memberi anda hadiah wang tunai dengan syarat anda mestilah berjaya menggodam produk dari Google sendiri.
Selain Google, Facebook turut mengadakan program yang sama di mana ganjaran $500 akan diberi kepada sesiapa yang berjaya menjumpai masalah melibatkan keselamatan sistemnya.
Labels: Facebook, Google Hack, internet 0 comments
Monday, October 8, 2012
Mati Selepas Menang Pertandingan Makan Lipas
Posted by Admin at 8:32 PM Monday, October 8, 2012Seorang lelaki dari Florida, Amerika Syarikat Eddie Archbold, 32 tahun bertuah memenangi pertandingan makan lipas tapi malang sekali dia meningggal dunia selepas itu !
Selain makan lipas pertandingan yang disertai beliau turut menghendaki peserta makan berbagai-bagi jenis serangga lain dan 'menu' yang dimakan Archbold ialah berdozen-dozen lipas gergasi.Sebelum pertandingan itu mangsa turut menyertai pertandingan makan cacing gergasi.
Sebaik memenangi pertandingan itu Archbold dilihat jatuh sakit dan pengsan sebelum didapati meninggal dunia. Pegawai penyiasat masih mencari punca kematiannya.
Michael Adams, seorang profesor Entomologi dari Universiti California mengatakan bahawa dia tidak pernah mendengar kes kematian yang disebabkan memakan lipas. Menurutnya, melainkan lipas itu tercemar oleh bakteria atau patogen lain.
Pertandingan yang disertai mangsa pula menawarkan hadiah yang tidak setanding dengan risiko yang diambil peserta.
Labels: Umum 0 comments
Friday, October 5, 2012
Soalan Logik Yang Tak Logik.
Posted by Admin at 8:03 AM Friday, October 5, 2012
If your father is a poor man,
it is your fate but,
if your father-in-law is a poor man,
it's your stupidity.
............ ......... ......... .........
I was born intelligent -
education ruined me.
............ ......... ......... .........
Practice makes perfect.....
But nobody's perfect..... .
so why practice?
............ ......... ......... .........
If it's true that we are here to help others,
then what exactly are the others here for?
............ ......... ......... .........
Since light travels faster than sound,
people appear bright until you hear them speak.
............ ......... ......... .........
How come "abbreviated" is such a long word?
............ ......... ......... .........
Money is not everything.
There's Mastercard & Visa.
............ ......... ......... .........
One should love animals.
They are so tasty.
............ ......... ......... .........
Behind every successful man, there is a woman
And behind every unsuccessful man, there are two
women.
............ ......... ......... .........
Every man should marry.
After all, happiness is not the only thing in life.
............ ......... ......... .........
The wise never marry.
and when they marry they become otherwise.
............ ......... ......... .........
Success is a relative term.
It brings so many relatives.
............ ......... ......... .........
Never put off the work till tomorrow
what you can put off today.
............ ......... ......... .........
"Your future depends on your dreams"
So go to sleep
............ ......... ......... .........
There should be a better way to start a day
Than waking up every morning
............ ......... ......... .........
"Hard work never killed anybody"
But why take the risk
............ ......... ......... .........
"Work fascinates me"
I can look at it for hours
............ ......... ......... .........
God made relatives;
Thank God we can choose our friends.
............ ......... ......... .........
The more you learn, the more you know,
The more you know, the more you forget
The more you forget, the less you know
So.. why learn.
............ ......... ......... .........
A bus station is where a bus stops.
A train station is where a train stops.
On my desk, I have a work station....
what more can I say........
Labels: Umum 0 comments
Thursday, October 4, 2012
Keajaiban matematik yang jarang diketahui.
Posted by Admin at 8:57 AM Thursday, October 4, 2012Dalam posting kali ini saya nak berkongsi sedikit berkenaan keajaiban angka yang terjumpa secara tidak sengaja di internet. Ia cuma operasi penambahan biasa tetapi ada sesuatu yang menarik di sini.
Perhatikan operasi penambahan berikut ;
123789 + 561945 + 642864 = 242868 + 323787 + 761943
Sekali imbas tiada apa - apa ganjil, tapi jika angka-angka dia atas di ambil 1,2,3,4,5 angka sahaja tidak kira dari depan atau belakang, hasil tambahnya tetap akan sama.
Untuk lebih faham, tengok contoh kat bawah ni :
Sekarang buang 2 digit kat tengah pula :
1289 + 5645 + 6464 = 2468 + 3287 + 7643
dan akhir sekali buang 4 digit kat tengah pula :
19 + 55 + 64 = 28 + 37 + 73
Menarik bukan ? Apa lagi, kalu tak percaya boleh cari kalkulator .
Sumber : Scripta Mathematica, March 1955
Labels: Tips, Umum 0 comments
Monday, October 1, 2012
IPhone 5 Menggunakan Kamera Sensor Dihasilkan Sony.
Posted by Admin at 6:26 AM Monday, October 1, 2012
Kualiti imej yang dirakam merupakan salah satu ciri penting dan menjadi antara pengukur kehebatan sesebuah smartphone. Tidak hairanlah jika IPhone 5 keluaran Apple antara yang menitikberatkan kualiti kamera smartphone model terbarunya itu.
Hasil 'Overhaul' para bijak pandai dari pihak Chipswork mereka mendapati Apple IPhone 5 menggunakan sensor 8 MP yang dikuasakan oleh jenama Sony untuk unit kamera utamanya. Sebagaimana yang pembaca sedia maklum, Sony memang diketahui berada antara di barisan hadapan dalam teknologi pengimejan. Selain dari itu Iphone 5 menerima jutaan tempahan oleh pelanggannya dan hanya syarikat sebesar Sony yang mampu membekalkan komponen sensor sebanyak itu.
![]() |
| Close up imej sensor Iphone 5 menunjukkan jenama Sony. |
Hasil daripada penggunaan sensor terbaru keluaran sony juga menyaksikan kualiti imej yang lebih baik berbanding imej dihasilkan Iphone 4s.
Adakah Apple turut menggunakan sensor Sony bagi unit kamera depan (front - facing) IPhone 5 nya? Jawapannya tidak, disebaliknya Ia menggunakan teknologi dari syarikat pesaing Sony pula iaitu Omnivision.
Labels: Fotografi, Gadget, Iphone, Sensor, Teknologi 0 comments
Sunday, September 30, 2012
Canon EOS 1D X : Adakah Ini DSLR Idaman Anda?
Posted by Admin at 6:10 AM Sunday, September 30, 2012
Boleh dikatakan penggunaan kamera DSLR sudah menjadi satu yang biasa kini. Mungkin harganya yang agak mahal dan hanya mampu dimiliki golongan berada. Yang kurang mampu pada masa itu hanya mengunakan kamera kompak digital atau kamera filem sahaja. Sekarang harga DSLR boleh dikatakan agak murah, dengan bajet RM2000 sahaja sudah boleh kita mendapatkan DSLR kategori permulaan contohnya model Canon EOS 1100D. Saya sendiri memiliki sebuah kamera DSLR Nikon D90 yang berharga dalam RM4000 ( harga pada tahun 2010) sekarang model ini digantikan oleh model Nikon D7000 yang lebih canggih.
Jadi, apakah kamera idaman anda ? Jika mempunyai rezeki lebih berupa wang tunai dan saya tak tahu nak gunakan untuk beli apa tentunya model idaman saya iaitu Canon EOS 1D X . Apakah kelebihan-kelebihan pada kamera ini ? Saya senaraikan di sini yang penting - penting sahaja :
- Sensor - Full Frame (36 x 24 mm)
- Imej Resolusi - 18.1 megapixels
- Processor - Dual Digic 5+ ( 17x lebih laju dari Digic 4s)
- Jumlah focus points - 61
- Saiz Screen - 3.2 "
- Video - 1920 x 1080 (30, 25, 24 fps, 1280 x 720 (60, 50 fps), 640 x 480 (60, 50 fps)
- Continuous drive - (14 fps)
- ISO - 100, 200, 400, 800, 1600, 3200, 6400, 12800, 25600, 51200 (50, 102400 and 204800 with boost)
Ini ialah kamera terbaru dari Canon yang mula dipasarkan pada Mac 2012 menggantikan model 1D Mark IV and 1DS Mark III .
Melihat dari luaran sahaja sudah dapat diagak ia sebuah kamera yang mantap semantap harganya juga. Harganya dianggarkan RM19,600 untuk body sahaja ! Ada berani ?
Untuk review secara lebih terperinci berkenaan model ini silalah lawati laman web seperti
dpreview.com atau sebagainya.Labels: Canon, Fotografi, Gadget, Nikon D90, Teknologi 0 comments
Friday, September 28, 2012
Prestasi Apple Maps Pada Iphone 5 Mengecewakan Peminatnya
Posted by Admin at 10:15 AM Friday, September 28, 2012
Mungkin ramai mengetahui Apple tidak lagi menggunakan perisian Google Maps pada model terbaru mereka iaitu Iphone 5 dengan sistem operasi iOS 6. Sebaliknya membangunkan sendiri perisian Maps mereka yang diberi nama Apple Maps.
Selepas sebulan dipasarkan terdapat pengguna yang kecewa dengan prestasi Apple Maps tersebut yang dikatakan terdapat banyak kekurangan berbanding Google Maps. Ketua eksekutif Apple sendiri telah meminta maaf berikutan kritikan yang disebabkan oleh pertukaran kepada sistem peta baru tersebut. Tim Cook
mengakui bahawa pengguna telah kecewa oleh langkah itu dan mengulangi ikrar untuk
memperbaiki kelemahan itu . Beliau mencadangkan pengguna memuat turun
produk alternatif dari salah satu pesaing-pesaingnya. Beliau menyatakan bahawa
lebih daripada 100 juta pengguna peranti mudah alih telah dinaik taraf kepada
perisian IOS baru, menggantikan applikasi Google maps.
mengakui bahawa pengguna telah kecewa oleh langkah itu dan mengulangi ikrar untuk
memperbaiki kelemahan itu . Beliau mencadangkan pengguna memuat turun
produk alternatif dari salah satu pesaing-pesaingnya. Beliau menyatakan bahawa
lebih daripada 100 juta pengguna peranti mudah alih telah dinaik taraf kepada
perisian IOS baru, menggantikan applikasi Google maps.
Antara kelemahan yang dikesan termasuk peta satelit yang hanya
menunjukkan litupan awan, bandar yang terletak di tempat yang salah, jalan yang hilang, nama-nama tempat yang salah dieja dan
mencadangkan memandu arahan yang akan membawa pengguna di laluan ganjil. Di
samping itu beberapa imej 3D yang dipaparkan kelihatan pelik termasuk Eiffel
Tower diratakan, kereta yang cair ke jalan raya dan jalan raya
yang kelihatan seperti ia telah menjunam ke Empangan Hoover AS.
menunjukkan litupan awan, bandar yang terletak di tempat yang salah, jalan yang hilang, nama-nama tempat yang salah dieja dan
mencadangkan memandu arahan yang akan membawa pengguna di laluan ganjil. Di
samping itu beberapa imej 3D yang dipaparkan kelihatan pelik termasuk Eiffel
Tower diratakan, kereta yang cair ke jalan raya dan jalan raya
yang kelihatan seperti ia telah menjunam ke Empangan Hoover AS.
Antara tujuan Apple memperkenalkan perisian Apple Maps menggantikan Google Maps ialah untuk memperkenalkan ciri-ciri turn-by-turn navigation yang tidak terdapat pada Google Maps.
![]() |
| Imej 3D yang menunjukkan kereta 'mencair' ke atas jalan raya. |
![]() | |||
| Imej jalan dalam Google Maps (Kiri) hilang dalam Apple Maps (Kanan) |
Labels: Gadget, Iphone, Teknologi 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)







