Saturday, November 30, 2013

Di Jepun, pekerja yang tidur semasa kerja merupakan pekerja berdedikasi.

Saturday, November 30, 2013

Tidur semasa waktu kerja adalah amalan yang tidak dapat diterima samaada di Malaysia mahupun di UK atau US sekalipun kerana ia menunjukkan anda seorang malas, tidak bersemangat, tidak produktif dan semua persepsi buruk yang lain.

Namun tahukah anda bahawa di negara Jepun, tidur sebentar atau dalam bahasa inggerisnya 'Napping' atau 'Inemuri' dalam bahasa jepun menunjukkan seorang yang berdedikasi serta bekerja keras maka layak untuk tidur sekejap sebagai balasan hasil penat lelahnya.

Malah sesetengah orang jepun akan berpura-pura tidur sebagai menunjukkan dia seorang yang berdedikasi dengan kerjanya.

Namun hanya pekerja peringkat atasan serta bawahan yang boleh mengambil bahagian dalam aktiviti 'Inemuri' ini serta syaratnya ialah sentiasa tidur dalam keadaan badan tegak sebagai menunjukkan anda masih sedar akan keadaan persekitaran.!


0 comments:

Post a Comment