Wednesday, September 5, 2012

Samsung EK-GC100 Galaxy Kamera berkuasa Android dan sambungan 2G/3G serta WiFi.

Wednesday, September 5, 2012
Samsung bakal muncul dengan produk barunya EK-GC100 Galaxy berkuasa Android Jelly Bean. Is mempunyai sambungan 2G/3G serta sistem operasi seperti sebuah telefon bimbit.

Mempunyai skrin 4.8-inci LCD skrin sentuh dan sistem kawalan suara (Voice Control) yang juga terdapat pada produk Samsung Smart TV, pengguna hanya perlu memberi arahan 'Zoom' atau 'Shoot' yang akan difahami oleh kamera.

Ciri-ciri lainnya termasuk 16 Megapixel, 1/2.3-inci backside illumination sensor serta kuasa zoom sebanyak 21x secara optikal dengan penstabil imej terbina dalam ( built-in image stabilizer). Antara yang menariknya, kamera ini juga boleh memainkan video serta melayari laman web seperti telefon android yang lain.


Oleh kerana sambungan 2G/3G dan Wifinya maka gambar yang dirakam boleh terus diupload ke mana yang anda suka seperti ke Flickr Dan Facebook dalam kualiti yang tinggi.

0 comments:

Post a Comment