Tuesday, May 1, 2012

Hantar surat/email ke masa depan anda.

Tuesday, May 1, 2012
Pernahkah anda terfikir untuk menghantar surat/email pada diri anda sendiri 1 atau 2 tahun dari sekarang ? itupun jika ada umur panjang dan diizinkan Allah untuk hidup lagi

Ia mungkin azam pada masa hadapan, luahan perasaan atau pun apa-apa sahaja yang anda ingin baca semula setahun dua dari sekarang. Layari laman web di http://www.futureme.org/ dan masukkan maklumat alamat email, subjek dan kata-kata anda pada diri sendiri yang ingin diemail pada anda.

Ianya boleh disetkan untuk surat/email itu dihantar pada anda dengan memilih tarikh yang dikehendaki. Selain itu terdapat juga pilihan samaada orang lain boleh membaca surat anda itu atau tidak .

Kita juga boleh membaca surat-surat yang ditulis oleh lain pada laman 'Read Public Letters' . Selamat membaca email diri sendiri 2 atau 3 tahun dari sekarang !

0 comments:

Post a Comment