Wednesday, July 20, 2011

Programming language paling berguna dalam Internet Marketing.

Wednesday, July 20, 2011

Programming language atau bahasa pengaturcaraan merupakan antara kerjaya yang menjanjikan kerjaya yang cemerlang
pada masa kini . Istilah-istilah seperti Buat Duit Dengan Internet, Blogging, Internet Marketing merupakan diantara istilah yang
kerap dijumpai semasa kita melayari internet.

Seiring dengan peredaran masa, pengetahuan berkenaan pengaturcaraan penting untuk memastikan laman web yang
dibina tidak ketinggalan dari segi teknologi. Kita mungkin boleh mencipta laman web atau blog secara percuma seperti
dengan muenggunakan Blogger, Wordpress atau laman web percuma yang lain. Namun untuk menjadikannya istimewa
dan lain dari yang lain, pengetahuan bahasa pengaturcaraan berkaitan laman web harus dikuasai.

Antara yang penting dan berguna ialah :

a)  Html dan CSS
b)  PHP
c)  MySQL Database

Pengetahuan ini membolehkan kita mengubahsuai layout atau template laman web kita supaya lebih menarik dan lain dari yang
lain mengikut citarasa sendiri tanpa terikat pada template asal .  Pilihan lain yang ada ialah mengupah pengaturcara profesional
yang biasanya melibatkan kos yang tertentu.

     


0 comments:

Post a Comment